anda peminat seks yang ke

Sunday, 13 November 2011

hari berlalu

Shima excited betul bila aku beritahu aku akan kahwin. Dia pulak yang terlebih happy.
“owkk owww… i kena pindah ke?” Shima tiba-tiba terdiam.
“tak. U boleh duduk sini lagi. I rase maybe i duduk rumah dia kot” aku jawab dengan yakin walaupun aku sendiri tak pasti perancangan seterusnya sebab aku dan En.Saiful tak pernah bincang lagi hal ni.
“so, u sewakan kat i la ye…” Shima senyum.
“hmm… u jangan open sangat bawak boyfriend ye, nanti kena tangkap susah” aku saje takutkan dia :p
“don’t worry laa… i pun jarang ade kat rumah” Shima senyum lagi. Aku rasa inilah kali pertama aku borak lama sikit dengan Shima.

Kira-kira 10 hari lagi aku akan jadi isteri Saiful. Mood aku tak menentu sejak akhir-akhir ni. Aku tak minat nak bincangkan soal kahwin sedangkan Saiful risau sangat tentang macam-macam perkara. Dengan Faizal pun aku dah jarang bercakap lelebih-lebih lagi sejak dia usik aku “yelah… orang dah nak jadi bini bos, mesti la sombong kannn….” hanya kerana kata-kata gurauan macam tu aku tengking Faizal dan terus tak cakap dengan dia. Kesian dia. Nak buat macam mana, tiba-tiba aku rasa hangin satu badan bila dia cakap mcm tu kat aku :p Sori la Faizal :p
Aku dah rasa nak muntah2 tapi tak muntah. Sakit perut aku senak rasa angin tolak kat perut, nak muntah tapi takde ape nak keluar. Nak makan pun takut sebab lepas makan aku akan muntahkan balik apa yang aku makan tak sampai 5 minit. Aku rasa malas nak bangun pagi. Pagi je aku rase bangang. Bangun dalam keadaan pening, gosok gigi terus nak muntah tapi tak muntah. Bau body shower kegemaran aku pun aku tak suke. Ape ni???? Huwaaa….

No comments:

Post a Comment