anda peminat seks yang ke

Sunday 13 November 2011

persiapan perkahwinan

Takde persiapan macam pasangan lain. Kami akan nikah di Kuantan pada tahun baru nanti. Hanya nikah. Majlisnya nanti aku akan buat dengan abang long dan kak Rozzie sekali. Mak aku dah setuju. Sebenarnya aku takde mood nak bersanding. Tapi bagi pihak keluarga En.Saiful, aku tak boleh nak elak. Itupun Puan Sharifah banyak tanya kenapa takde ceremony kat Kuantan. En.Saiful jadi jurucakap. Dia yang banyak jawab soalan mama dia yang memang banyak cakap tu.

“tak sempat nak buat majlis kat rumah i. Mama I panic sebab kita kahwin kelam kabut macam ni, persiapan ape pun tak sempat nak buat. Nanti I tengok kelab mana yang boleh masuk sebelum pertengahan Januari ni”En.Saiful bersuara sambil belek-belek boring nikah yang kami nak hantar.
“sempat la ni I rase, dia kate 2 minggu sebelum nikah kan?” En.Saiful bebel sorang2 sementara aku drive tanpa sepatah kata.

“u marah ke I suruh drive ni?” dia pandang aku. Aku geleng kepala.
“kalau tak boleh drive cakap tau, mana tau baby tak suka mummy dia drive ke” En.Saiful mengusik aku. Usikan dia betul2 buat aku hilang mood. Sakit jiwa aku mengenangkan anak dalam perut ni. Setiap kali teringat bayi ni aku jadi moody dan rasa nak bunuh diri. Aku harap aku tak benci dia bila dia lahir nanti. Kesian pulak… :p
“borang ni semua submit kat kadi kampung u je kan? Pastu settle la ye? Ade apa-apa lagi yang kita kena buat tak?” En.Saiful merepek sorang-sorang lagi. Aku serius takde mood nak cakap. Rasa nak tengking je suruh dia duduk diam-diam.

Mengarut la pembawak budak ni. Sikit nak marah. Orang tu tanye pun aku nak marah. Nape tah!
“tengok la nanti bos. I rasa dah ok kot. Tinggal balik nikah je nanti. Yang lain i suruh mak i uruskan” aku bersuara malas.

“eh, u jangan la panggil i bos. Nanti u tersasul depan mak i ke, mak u ke, kan leceh nak explain…” En.Saiful mengingatkan aku. Ah! Ye tak ye… leceh betul la! Sebelum ni kami tak pernah berbincang pasal hal ni pun.
“umur u berapa Meen?”
“23”

En.Saiful diam. Nampaknya kami terpaksa mulakan sesi perkenalan antara satu sama lain.
“umur i 32” En.Saiful memberitahu. Aku tak tanye pun. Pasal aku dah tau, jadi aku takyah la tanye.
“kampung u tu best ke Meen?”
“takde yang best. I duduk kat Balok, Kuantan. Kawasan perumahan” aku terpaksa layan walaupun aku takde mood nak berbual.

“takde sawah padi?” alamak… malasnye aku nak layan dia ni. Kuantan dia tanye sawah padi?
En.Saiful peramah. Dia mudah menyesuaikan diri dengan keluarga aku. Tak taulah aku kalau dia cuma berlakon. Tapi dia nampak tak kekok lepak sama-sama dengan Abang Long depan tv, makan masakan kampung (tak mungkin mak aku nak masak western food). Adelah sikit-sikit kami bincangkan pasal majlis tu nanti. En.Saiful dah bagitau mak aku yang dia bersetuju tunggu majlis Abang Long supaya kami dapat bersanding bersama. Lepas nikah di Kuantan, majlis di KL mungkin akan diadakan seminggu dua selepas tu. Tengoklah nanti macam mana. Memang standard orang kampung, mak aku letak hantaran 6 ribu. Tapi En.Saiful dengan senang hati nak kasi 10 ribu. Mungkin dia malu kalau bagi sikit sangat. Lantak la… semua tu tak penting bagi aku. Pompuan macam aku ni 1 ribu pun belum tentu layak lagi. Hina sangatkah aku? Hina la agaknya :p

Sebelum balik, En.Saiful bagi duit kat mak aku. Aku tak tau jumlah sebenar. Duit tu untuk persiapan kahwin kami pada tahun baru ni. Dia mintak mak dan abang aku uruskan semuanya sebab kami susah nak ulang alik sehinggalah cuti krismas nanti. Itupun bergantung pada borang yang kami hantar tu. Kalau lepas, kami akan nikah lepas Raya Haji, kebetulan cuti raya haji dan tahun baru sekali. Aku rasa pening nak uruskan semua ni. Aku rasa tak sedap badan. Letih dan rase nak tido je. Sempat En.Saiful berbisik suruh aku cover sikit sebab dia tengok aku dah lain macam. Macam mana nak cover. Benda macam ni bukan boleh control. Eee bosan tul!

No comments:

Post a Comment