anda peminat seks yang ke

Sunday 13 November 2011

new year n new life

Masih belum terlewat untuk aku ucap selamat tahun baru kan? Kami telah selamat bernikah pada 1 January 2007. Mungkin perasaan aku tak sama macam gadis lain ketika hari pernikahan mereka. Aku bernikah dengan lelaki yang aku tak cintai. Aku tak pernah jangka status bujang aku akan berakhir begini. Kalau tak kerana bayi dalam kandungan ni, aku tak mungkin akan kahwin.

Jangan tanya pasal malam pertama aku sebab kami tak projek pun malam tu. Saiful pun macam tak minat nak melakukan sex dengan aku. Jadi, mungkin benar la dia menikahi aku hanya kerana dia rasa dia yang bersalah hingga menyebabkan aku mengandung.

Sekarang aku tengah sibuk mengemas nak pindah rumah. Aku rasa macam nak duduk asing. Macam biasa. Aku duduk rumah aku, Saiful duduk rumah dia. Tapi aku tak berani nak cadangkan pada Saiful. Lagipun mama Saiful sibuk mengaturkan rumah baru kami.

Aku letih. Sampai KL, saiful terus hantar aku kat rumah aku kat Shah Alam, lepas tu dia pegi mana pun aku tak tau, dia Cuma bagitau malam nanti dia akan tidur sini. Zamri tak datang mase aku nikah. Aku sms dia tanye kat mane, tapi dia tak reply.

Aku masih lagi tak boleh nak panggil dia ‘Abang’ aku rasa kekok sebab aku dah panggil dia ‘Bos’ sejak kali pertama kami berjumpa. Aku rasa kekok sejak 2-3 hari ni. Semuanya rasa lain. Aku rasa aku ni macam orang lain. Aku tak percaya dengan apa yang berlaku pada aku sejak akhir-akhir ni.

No comments:

Post a Comment